Demam Denggi
Demam Denggi

Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).[1]Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut, dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotip yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotip cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti[2] (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Rujukan

WikiPedia: Demam Denggi http://202.187.13.222/prokes/web%20kckl/dengue/ind... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb3564.htm http://www.emedicine.com/med/topic528.htm http://books.google.com/books?id=nsh48WKIbhQC&pg=P... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.cdc.gov/dengue/resources/30Jan2012/aegy... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC270281... http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?mode=&... http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/00...